Hak Cipta Terpelihara

Wednesday, September 30, 2009

KETAGIHAN ALKOHOL


Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil secara berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.

KESAN FIZIKAL

  • Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.

  • Barah otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
  • Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.

  • Ulser dan gastritis

  • Kecederaan otak dan masalah saraf

  • Masalah jantung dan tekanan darah

  • Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut

  • Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan

  • Masalah seksual

  • Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

SINDROM

Ketagihan meminum alkohol merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang lahir dari keturunan yang mengamalkan alkohol mudah terdedah kepada simptom ini:

  • Kepala kecil

  • Kurang tinggi

  • Hilang ingatan

  • Masalah jantung

  • Masalah pembelajaran

    Koordinasi yang lemah

  • Kekurangan berat badan.

  • Kecacatan kaki-tangan serta sendi

Masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah:-

  • masalah kesihatan mental,

  • waktu perbelajaran yang terganggu,

  • kelakuan seksual yang luarbiasa,

  • menghadapi masalah disiplin,

  • masalah dadah dan alkohol,

  • sukar menjaga diri seperti menjadi kutu rayau.

Langkah mencegah ketagihan terhadap alkohol

  • Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.

  • Anda digalakkan minum dalam kuantiti yang sedikit

    Selang-selikan minuman beralkohol dengan minuman lain (air mineral, jus buahan, kopi, soda)

  • Makan sambil minum, makanan dapat membantu melambatkan penyerapan alkohol ke dalam badan.

  • Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang)

  • Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.

  • Jangan meminum alkohol semasa memandu, ketika mengambil ubat-ubatan atau mengendalikan mesin. Perbuatan yang demikan memudaratkan anda.

Isu penyalahgunaan dadah


Pengenalan

Apakah penyalahgunaan dadah?

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:

  • Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
  • Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
  • Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

Apakah penagihan dadah?

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.

Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:

  • Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
  • Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
  • Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama

Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.

Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun.

Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.


Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?

Dadah Psiko aktif

Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran

Contohnya; valium, ganja.


Dadah bukan Psiko aktif

Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.


Pergantungan

  • Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih
  • Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa
  • Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
  • Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut

Gejala Penarikan

Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan mendadak.


Lali

Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.


Kenapa mereka mengambil dadah?

  • Ingin mencuba
  • Terikut-ikut
  • Amalan budaya
  • Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
  • Tekanan / cabaran dalam kumpulan
  • Bagi tujuan merawat
  • Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?

Opium / candu

  • Morfin, Heroin - euphoria, painkiller
    • Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
    • Euforia, ubat tahan sakit

Perangsang

  • Kokain, Amfetamina -
    • Euforia, berkeyakinan

Penenang

  • Anxiolytics / Anti-anxiety drugs - Benzodiazepines
    • Benzodiazepines

Halusimogen - Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)

  • Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
  • LSD - lysergic asid diethylamide, asid

Nikotin / Tembakau

  • Terangsang dalam dos yang kecil

Alkohol - agen kemurungan

  • Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan

Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed

Hidu (Inhalants / Solvent) - Menghidu gam atau petrol

Lain -lain - daun ketum



Tanda dan gejala

Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

  • Resah, gelisah
  • Prestasi kerja atau akademik yang merosot
  • Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
  • Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
  • Perubahan emosi secara tiba-tiba

  • Bercakap merepek
  • Mengabaikan penampilan diri
  • Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
  • Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
  • Kelihatan letih, penat dan mamai

Komplikasi

Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:

  • Kebersihan dan kesihatan diri
  • Kesihatan mental
  • Prestasi pelajaran
  • Hubungan sosial
  • Status kewangan

Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:

  • Penggunaan pelbagai jenis dadah
  • Aktiviti jenayah
  • Kaum keluarga
  • Masalah perubatan
  • Masalah psikiatri
  • Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

Rawatan

Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.

Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Rawatan termasuk:

Detoksifikasi

  • Menghilangkan kesan dadah di dalam badan

Terapi kelakuan

  • Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan

Kaunseling - Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih

Terapi penggantian dadah

  • Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
  • Methadone - Ketagihan ubat penenang
  • Nikotin - Ketagihan rokok


Pencegahan

Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan dadah?

  • Kesungguhan pada aktiviti yang lain
  • Status sosioekonomi
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh ibu bapa
  • Budaya dan etnik
  • Nilai hidup yang sederhana
  • Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
  • Pengasingan sosial

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?

  • Percaya diri sendiri
  • Berkemahiran menyesuaikan diri
  • Berkemampuan bangkit dari kegagalan
  • Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
  • Menghargai kesihatan
  • Membina minat dan aktiviti yang baru
  • Matang dalam fikiran
  • Sokongan berterusan daripada keluarga

Seseorang itu perlu mendapatkan:

  • Latihan menjadi afektif
  • Sokongan masyarakat
  • Pembangunan kerohanian diri

Pemulihan

Melibatkan prosedur rawatan seperti:

  • Terapi dadah gantian
  • Pengurusan tingkah laku
  • Kaunseling
  • Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
  • Latihan menjadi asertif
  • Sokongan masyarakat
  • Pengisian dan perlembagaan rohani

Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.

Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

Sokongan sosial termasuk:

  • Pembangunan kemahiran
  • Penempatan pekerjaan
  • Pusat bantuan setempat

Kumpulan sokongan

Pusat pemulihan:

  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • PEMADAM
  • PENGASIH

Pakar sakit jiwa

  • Pakar kaunseling penagihan dadah
  • Pakar psikologi
  • Ibubapa
  • Guru sekolah

Khasiat Daging Kambing




Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1.Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2.Kolestrol daging lembu dan ayam.
3.Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4.Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti da gin g yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam bad an tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah a
malkan memakan daging kambing.

Permulaan Setiap Yang Ader

assalamualaikum...hmm..mungking ini yang dikatakan setiap orang sebagai blog...jadi aku pun nak mula jugak utk create sebuah blog utk aku sendiri...sebenarnya aku ni xderlah idea sgt utk mulakan sesuatu blog tapi aderlah sedikit maklumat yang cuba aku cari dan sebarkan....aku pun berharap ader yang sudi membantu aku dalam permulaan ini....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...