Hak Cipta Terpelihara

Thursday, October 1, 2009

Imigresen Tumpaskan Sindiket Palsukan Paspot Antarabangsa





















Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
13 Ogos, 2009



Disifatkan sebagai kejayaan terbesar menumpaskan sindiket pemalsuan paspot antarabangsa pelbagai negara.
Dan ia didalangi oleh dua lelaki warga Afrika dipercayai dari Ghana dan Nigeria serta di bantu oleh seorang lelaki warga tempatan.
Kejayaan hasil risikan selama kira-kira sebulan itu, akhirnya membuahkan hasil apabila dua lelaki terbabit berjaya ditahan di sebuah rumah kedai di Pandan Indah malam tadi.

Kejayaan ini sebenarnya tidak dijangka, sebaliknya membuahkan hasil yang begitu mengejutkan kerana maklumat dan sumber risikan yang amat terhad.
Serbuan kira-kira jam 11-45 dilakukan sepasukan 11 anggota dan pegawai bahagian Penguatkuasa diketuai Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Amirul Mohd Khairy.
Mereka akhirnya terpaksa memecah masuk ke dalam unit kediaman tersebut setengah jam kemudian apabila penghuni enggan membuka pintu.
Saspek pertama ditemui bersembunyi di dalam tandas bersama cop keselamatan palsu.
Saspek kedua pula bersembunyi di dalam bilik dengan pintu berkunci dan pintu bilik juga terpaksa dipecahkan setelah lelaki terbabit enggan membuka pintu.
Siasatan awal mendapati, kedua-dua saspek telah menjalankan kegiatan pemalsuan paspot pelbagai negara itu sejak kira-kira 6 bulan lalu.
Bagaimanapun, hasil maklumat dan risikan, mereka akhirnya tumpas.
antara yang dirampas:
- 12 keping muka hadapan paspot pelbagai negara
- cop-cop keselamatan dan pelekat keselamatan palsu Jabatan Imigresen Malaysia
-cop-cop palsu Imigresen negara-negara luar.
- komputer dan komputer riba

-30 paspot pelbagai negara seperti Ghana, Nigeria dan Afrika Selatan.
- lesen memandu pelbagai negara
- lesen senjatapi antarabangsa
Semua barangan yang dijadikan sebagai alat untuk membuat pemalsuan dokumen dijumpai di dalam bilik dan merata tempat di dalam premis tersebut.
Berdasarkan pemeriksaan pada komputer yang dirampas, ditemui salinan paspot Malaysia yang sedang cuba hendak diubahsuai menggunakan foto seorang wanita untuk di jadikan paspot palsu Malaysia.
Selain itu terdapat juga cubaan untuk memalsukan paspot negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia.
Kedua-dua saspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12B Akta Paspot 1966 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).\



-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...