Hak Cipta Terpelihara

Wednesday, May 18, 2011

Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan

Photobucket

Pasar Siti Khadijah, Kelantan

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.

Photobucket


Photobucket

Tasik Banding, Royal Belum, Perak

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Gambar di ambil ketika awan sarat membawa air hujan yang akan mencurah ke bumi ......aku tiada pilihan melainkan mengabdikan kenangan di Tasik banding , Bila lagi nak datang ye tak ???...kalau langit cerah dan membiru .....lagi cantik gambar yang dapat di rakamkan untuk tatapan semua..selang beberapa minit ..hujan turun dengan lebat..bawa kereta pun tak nampak jalan ....terpaksa masuk cari tempat yang selamat menanti untuk hujan reda sebelum dapat di teruskan perjalanan ke Pulau  Pinang....tempat memang cantik tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.....

Bukit Bunga , Kelantan

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Bazaar Bukit Bunga , Kelantan ...hmmm....bagi aku lebih kurang dengan bazaar Rantau Panjang , kelantan jer....sebab barangan yang di jual adalah sama...tapi bagi aku mungkin dari segi harga mungkin berbeza sedikit.....mungkin kerana bazaarnya yang erkedudukan agak jauh dari Pos Imigresen di sempadan Thailand berbanding dengan Pos Imigresen Rantau Panjang yang cume bersebelahan dan di rantau panjang , barang-barangnya tidak semestinya melalui Pos imigresen untuk pemeriksaan Kastam kerana disana terdapat banyak pangkalan perahu yang menyediakan perkhidmatan bagi menyeberangi sungai Golok...rata-rata tambang tidak lebih dari RM2.00 untuk perkhidmatannya...tidak perlu pasport dan isi borang pengistiharan Kastam dan tidak perlu menghadapi karenah pegawai kerajaan dalam menjalankan tugas dan amanah mereka kepada negara.Kedudukan Bazaar Bukit Bunga adalah di laluan menuju ke Jeli dari Tanah Merah  dan tidak jauh dari simpang Panglima Bayu.

Tuesday, May 3, 2011

Iklan Petronas

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Hmm....waktu ni ....ada sekumpulan pekerja sedang menjalankan rakaman untuk Iklan Petronas yang kita telah pun lihat di media elektronik...sebenarnya xterniat aku nak amik gambar nie...tapi dah kamera berada di tangan ...aku snap  jugaklah ...lama jugaklan gambar nie berada didalam harddisk aku ....dah berabuklah kalau berada di luar....pada asalnya adalah orang yang menegur aku mungkin kerana aku amik gambar pakai kamera besar gedabak yang disangkut di leher...orang lain pakai kamera kecik jer...xpun , kamera handphone....lalu ditegur aku , bang , jangan upload kat mana2 ye sebelum iklan dikeluarkan ...aku kata plak ....ok ..no problem...bak kata peribahasa , orang berbudi , kita berbahasa..yang tegur aku pun , memang elok dan aku puji sifat profesionalnya..dan aku hormati ...setelah aku lihat sekian lamanya dan beberapa kali ikan di tayangkan , jadi aku uploadkan lah gambar semasa di awa pembikinannnya...

dan ini yang telah ditayangkan ...diminit 0.37

Monday, May 2, 2011

Dr. Hazwan & Khatijah

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Hmmm....proses edit ...saja nak belajar....ramai sangat dok racun aku ....kenapa gambar nampak natural ....xedit ka....so aku try gak ...tapi prinsip aku tetap sama....gambar ni aku rakamkan ketika menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pak Long di kepala batas. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...